Login

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.

Navigation

Users Online

-> Guests Online: 2

-> Members Online: 0

-> Total Members: 275
-> Newest Member: Iris Yashmin Obliza

Last Seen Users

-> nurul ain 6m 2 days
-> Iris Yashmin... 2 days
-> Anne Schenjo... 6 days
-> Iman Danish 2 weeks
-> hasanah 2 weeks
-> syamsul 2 weeks
-> amin97 2 weeks
-> siti zulaikah 3 weeks
-> webmaster 3 weeks
-> 3157imran 3 weeks

Member Poll

Rumah sukan terbaik tahun ini?











You must login to vote.

Forum Threads

Jam

Takwim

Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30      

Shoutbox

You must login to post a message.

06/09/2010 09:55
untok semue murid tahun 6 semoge berjaya dlm peperiksaan UPSR Grin.lagi satu focus and jangan main banyak banyak k.. so good luck again Cool

21/08/2010 15:14
Bangga gler aq jadi bks pljr sklh ni.. I Like It

18/08/2010 12:45
rajawali! Chaiyok Gelak

14/08/2010 14:09
Nyorok

03/08/2010 12:43
Takutnya esok nkak periksa!!!!!!!!! sebab, UB2 Sad Frown Shock

29/07/2010 20:26
Elok elok dalam UPSR jawab dengan betul.......... semoga berjaya!!!!! Grin Sengih

29/07/2010 19:15
yes aku dapat 98 dalam sains Grin

27/07/2010 21:53
ah,takut nyer peperiksaan BI esok Shock

26/07/2010 23:10
harap2 peperiksaan percubaan UPSR lulus kali nie Doa

26/07/2010 22:58
uh penat nyer belajar....... dah la nak dekat UPSR menegantuk pulak tu Baca Tidur Kungfu

21/07/2010 22:27
rindu gilerr kat cikgu skola nie bhaii . ! Tidur

20/07/2010 17:52
SAYA BERHARAP AGAR MURID MURID TAHUN ENAM DAPAT BERJAYA DALAM TRIAL UPSR

17/07/2010 14:25
salam, kekawan yg berminat nak belajar online dgn score a...sms puan fizah 019-6027697 Grin

11/07/2010 16:20
sedih sedih puan rafidah omar nak pindah Frown Frown Frown

02/07/2010 09:49
best........ Sengih Smile Chaiyok Senyum

02/07/2010 08:29
Hi,hari ini best sebab guna CMPC Senyum

02/07/2010 08:21
hi Wink

29/06/2010 10:14
Shocktakutnyer nak tunggu hari terbuka nie..

11/06/2010 14:24
tiga kena orang tiga Shock

10/06/2010 23:13
susahnyer ckgu kenerwat robot sorang satu Kungfu

View Thread

 Print Thread
Pewaris negara
syamsul
#1 Print Post
Posted on 01-01-2010 18:32
User Avatar

Super Administrator

Posts: 45
Joined: 11.06.09

Oleh Rosniza Mohd Taha


Pelajar perlu berusaha bentuk personaliti, keterampilan dan jati diri

PELAJAR perlu merebut peluang dan memanfaat segala kemudahan di sekolah dalam usaha menyiapkan diri sebagai insan berilmu, beramal serta menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata sebagai generasi pewaris negara, usaha murni menuntut ilmu dan membabitkan diri dengan pelbagai aktiviti di dalam mahupun luar bilik darjah adalah usaha membentuk personaliti, keterampilan dan jati diri sebagai anak Malaysia.

Katanya, antara lain guru dan murid seharusnya aktif dalam pelbagai bidang sukan dan kokurikulum sejajar saranan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, agar program itu diperkasakan bagi membudayakan gaya hidup sihat serta kecemerlangan sukan untuk negara.

“Modal insan cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, sebaliknya ia adalah usaha berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya.

“Sebagai murid, anda semua seharusnya berusaha menjadi orang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan adalah kenangan paling manis untuk diimbau kelak.

“Bagi murid yang baru memasuki Tahun Satu, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang anda, sudah pasti persekolahan akan menjadi pengalaman menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan baru serta ilmu pengetahuan berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka,” katanya dalam perutusan tahun baru menerusi laman web Kementerian Pelajaran.

Alimuddin turut berpesan kepada guru agar menyambut pelajar dengan minda terbuka serta penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi modal insan cemerlang seperti diharapkan ibu bapa dan negara.

Guru selaku teladan, katanya, perlu mempamerkan kasih sayang kepada anak didik mereka menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid ketika berkomunikasi dua hala supaya ia ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan dan tidak hanya menjadi tulisan atas pasir yang hilang apabila di tiup angin.

Katanya, guru yang menjiwai profesion seharusnya berupaya mengenal pasti dan menggilap bakat serta potensi murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Beliau berkata, semua pendidik juga perlu membuat persiapan sewajarnya termasuk mengemas kini semua fakta dan ilmu hendak disampaikan dalam mata pelajaran dengan memanfaatkan kemudahan teknologi komunikasi maklumat.

“Dengan menggunakan teknologi terkini, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan guru memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid.

“Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum di pusat kegiatan guru adalah usaha berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah pengetahuan kerana mereka bukan saja berperanan sebagai penyampai ilmu bahkan membentuk kaedah pemikiran positif di kalangan murid,” katanya.

Bagi memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan, Alimuddin berkata, kementerian menjadikan empat perkara sebagai fokus utama bidang keberhasilan utama iaitu peluasan prasekolah, literasi dan numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi serta bai’ah baru bagi pengetua.

Justeru, katanya, semua warga pendidik perlu menyambut perubahan itu dengan tangan terbuka dan minda positif bagi memastikan segala yang dirancang dapat dilaksana dengan lancar serta membuahkan hasil diharapkan.

“Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”, katanya.

http://www.bharia...index_html
 
Jump to Forum:
Render time: 0.09 seconds
382,694 unique visits