Login
Navigation
Users Online
Last Seen Users
Neo_newz | 13:39:08 |
nurul ain 6m | 3 days |
Iris Yashmin... | 3 days |
Anne Schenjo... | 1 week |
Iman Danish | 2 weeks |
hasanah | 2 weeks |
syamsul | 2 weeks |
amin97 | 2 weeks |
siti zulaikah | 3 weeks |
webmaster | 3 weeks |
Member Poll
Forum Threads
Newest Threads
Jom Buat Kopi Latte...
inilah sebenarnye yg...
Fadhilat Tarawih
Kelebihan Berselawat...
Beautiful IcebergsHottest Threads
"kucing" in action! |
[6] |
inilah sebenarnye... |
[4] |
Beautiful Icebergs |
[4] |
Fadhilat Tarawih |
[3] |
Rahsia Memotong Kuku |
[2] |
Jam
Takwim
| Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa | Ah |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 |
Shoutbox
You must login to post a message.
06/09/2010 09:55
untok semue murid tahun 6 semoge berjaya dlm peperiksaan UPSR
.lagi satu focus and jangan main banyak banyak k.. so good luck again 
.lagi satu focus and jangan main banyak banyak k.. so good luck again 
21/08/2010 15:14
Bangga gler aq jadi bks pljr sklh ni..


18/08/2010 12:45
rajawali!


14/08/2010 14:09

03/08/2010 12:43
Takutnya esok nkak periksa!!!!!!!!! sebab, UB2


29/07/2010 20:26
Elok elok dalam UPSR jawab dengan betul.......... semoga berjaya!!!!!


29/07/2010 19:15
yes aku dapat 98 dalam sains 

27/07/2010 21:53
ah,takut nyer peperiksaan BI esok 

26/07/2010 23:10
harap2 peperiksaan percubaan UPSR lulus kali nie 

26/07/2010 22:58
uh penat nyer belajar....... dah la nak dekat UPSR menegantuk pulak tu


21/07/2010 22:27
rindu gilerr kat cikgu skola nie bhaii . ! 

20/07/2010 17:52
SAYA BERHARAP AGAR MURID MURID TAHUN ENAM DAPAT BERJAYA DALAM TRIAL UPSR
17/07/2010 14:25
salam,
kekawan yg berminat nak belajar online dgn score a...sms puan fizah 019-6027697 

11/07/2010 16:20
sedih sedih puan rafidah omar nak pindah


02/07/2010 09:49
best........


02/07/2010 08:29
Hi,hari ini best sebab guna CMPC 

02/07/2010 08:21
hi 

29/06/2010 10:14
takutnyer nak tunggu hari terbuka nie..11/06/2010 14:24
tiga kena orang tiga 

10/06/2010 23:13
susahnyer ckgu kenerwat robot sorang satu 

View Thread
::. SK Putrajaya Presint 9 (1) - The Malaysian Smart School .:: :: Isian minda dan rohani :: Islam dan Keindahannya
|
Kelebihan Berselawat keatas Rasulullah SAW
|
|
| syamsul |
Posted on 27-02-2010 20:00
|
|
Super Administrator Posts: 45 Joined: 11.06.09 |
dari Sufyan As-Sauri menceritakan : "Bila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, ia membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Saya mendekatinya lalu bertanya; "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?" "Siapakah anda ini?" Tanya orang itu. "Saya Sufyan As-Sauri" jawab saya. "Baiklah akan aku ceritakan. Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya. Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis, semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya..." kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku..." aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku. Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang tadi. Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, "siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?" Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi. "Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa Al-Quran." jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apapun. "Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku." jelasnya. Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya." Keistimewaan Selawat 1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – Hadis Riwayat Muslim. 2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya. 10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat. 11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya. 14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah. 20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang. 23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya. 25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim. 30. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani ![]() |
|
|
|
| Jump to Forum: |






Ke Atas